JavaScript Accordion
CSR PROGRAMS

 
Road Safety Campaign Chinese New Year 2012
Road safety campaign during Chinese New Year 2012 (Coffee Break). This event taken place on 20, 21, and 24 January 2012.

Event places :

    1. Petronas Station Ampangan 2
    2. Petronas Station Lebuh Ayer Keroh
    3. Petronas Station Yong Peng
     
Total of participants are 1350 road users.

     

     


Sponsorship of Program Skim Anak Angkat Zoo Melaka 2011/2012
The latest (2012) animal adopted by Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd is Red Eagle


     

     
     
Program Kecemerlangan Akademik dan Sukan di SK Ramuan China Besar
Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. bersetuju menjadikan SK Ramuan China Besar sebagai anak angkat dalam program kecemerlangan akademik dan sukan

Tarikh   
:
31 April 2011
Masa
:
2.30 petang - 5.30 petang
Tempat
:
Dewan SKRCB
Penyelaras
:
Cik Zanariah Wahed (SU PIBG)
Perasmi
:
Tuan Hj. Fauzi Yaakub (CEO Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd.)
     


Untuk lebih info sila layari blog SK Ramuan China Besar di

http://skramuanchinabesar.blogspot.com/2011/04/mesyuarat-agung-pibg-kali-ke-37.html


  
     
Pelajar Felda Sertai Program Modal Insan



KOTA TINGGI 9 Mac – Seramai 400 pelajar dari sembilan sekolah menengah dalam kawasan Felda di daerah ini menyertai program Memperkasa Pembangunan Modal Insan, Komuniti Pelajar Islam Luar Bandar Wilayah Johor Bahru peringkat daerah yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Felda Lok Heng dekat sini baru-baru ini.

Mereka terlibat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, SMK Bandar Easter, SMK Seri Aman, SMK Tan Sri Jaafar Albar, SMK Air Tawar, SMK Adela, SMK Semenchu, SMK Bandar Mas dan SMK Linggiu.

Program anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah, Felda Wilayah Johor Bahru, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi dan Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. itu bertujuan memberi kesedaran dan peluang meningkatkan kualiti diri serta membuka minda mereka dalam mengubah kehidupan.     

Program itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim manakala penutupnya disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Ismail Samingin dan Pengurus Wilayah Johor Selia Selenggara Selatan, Yusaimi Abd. Jamil.

Pelbagai aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan program itu, antaranya pameran, taklimat, ceramah serta dialog dengan pakar motivasi serta agensi seperti Giat Mara Kota Tinggi, Kolej Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Profesional Mara Bandar Penawar.

Ismail dalam ucapan perasmiannya berkata, pelajar atau remaja perlu didedahkan secara serius dengan konsep memartabatkan jati diri dan pembangunan masyarakat lestari ke arah memperkasa modal insan secara keseluruhan, sekali gus menerapkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

“Ibu bapa juga mesti memperlengkapkan lagi anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya mereka lebih kuat berdepan dengan cabaran semasa.

“Dengan penganjuran program seumpama ini, diharap pelajar akan mencapai tahap potensi diri serta tidak melibatkan diri dengan masalah sosial yang memudaratkan,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia
     
Bantuan Banjir
Bantuan Banjir telah diberikan kepada lebih kurang 300 keluarga di sekitar kawasan Gemas Negeri Sembilan, Krubong Melaka, dan kawasan Ledang Johor. Bantuan ini melibatkan 100 kakitangan Selia Group. Ianya merupakan kerjasama syarikat syarikat di bawah Selia Group dan di adakan pada 1 - 5 Februari 2011.

Bantuan adalah merupakan barang barang keperluan dan kerja kerja membersihkan rumah mangsa banjir.

     
     
Road Safety Campaign Chinese New Year
Program Road Safety Campaign yang di anjurkan sempena Tahun Baru Cina pada 1& 2 Februari 2011 dan 5 & 6 Februari 2011 telah dia adakan di tiga buah tempat secara serentak, iaitu Shell Masjid Tanah, Petronas Jalan Sremban - Kuala Pilah, dan Petronas Jalan Yong Peng. Program ini menyediakan minuman dan kuih muih untuk 100 pengguna jalan raya sehari untuk satu kawasan.

     
Sumbangan buku Bahasa Inggeris dan peralatan keselamatan jalan raya di Sek. Keb. Lubok Redan
Program sumbangan buku Bahasa Inggeris dan peralatan keselamatan jalan raya di Sekolah Kebangsaan Lubok Redan pada 15 November 2010 telah dirasmikan oleh YB Datuk Kapt (B) Hj. Ab Karim b. Hj. Sulaiman ADUN Tanjung Bidara merangkap EXCO Kerajaan Negeri Melaka.

Pemilihan sekolah adalah berdasarkan kepada peratusan kecemerlangan murid sekolah tersebut di dalam UPSR dan menjadi sekolah luar bandar terbaik di Alor Gajah.

Sumbangan dari Selia Selenggara Selatan adalah merupakan :

   Wang tunai RM1000 kepada PIBG
   150 helai baju pantulan cahaya
   10 buah kon
   100 bahan bacaan Bahasa Inggeris bernilai lebih kurang RM2500
   Lampu baton
   Jaket pantulan pengawal keselamatan


   


Sumbangan buku Bahasa Inggeris dan peralatan keselamatan jalan raya di Sek. Keb. Lereh Tanjung Keling
Program sumbangan buku Bahasa Inggeris dan peralatan keselamatan jalan raya di Sekolah Kebangsaan Lubok Redan pada 25 Jun 2010 telah dirasmikan oleh YB Datuk IR Hj Idris Hj Haron Ahli Parlimen Tangga Batu.

Sumbangan dari Selia Selenggara Selatan adalah merupakan :

   Wang tunai RM1000 kepada PIBG
   150 helai baju pantulan cahaya
   10 buah kon
   100 bahan bacaan Bahasa Inggeris bernilai lebih kurang RM2500
   Lampu baton
   Jaket pantulan pengawal keselamatan